BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 10, 2010

Kejayaan bergantung kepada apa yang anda lakukan dengan diri anda.



"Jika seseorang itu dilahirkan sebagai seorang yang miskin itu sudahnya nasibnya, tapi jika seseorang itu miskin ketika tuanya itu bukan nasib tapi pilihan hidupnya sendiri."


Ramai orang menyalahkan takdir kerana dilahirkan dalam keadaan keadaan serba kekurangan. Ada juga orang yang menyerah begitu sahaja tanpa membuat sebarang usaha untuk mengubah nasib hidup. Janganlah terlalu bersedih kerana perjalanan hidup anda lebih sukar berbanding dengan orang lain. Walaupun jalan yang kita tempuhi berbeza, namun destinasi akhir kita semua adalah sama kerana akhirnya kita semua akan menghadap Sang Pencipta. Oleh itu teguhkan hati dan bersabarlah. Kuatkan semangat untuk menempuhi hari-hari yang mendatang. Beranikanlah diri menghadapi hidup ini. Teruskan usaha untuk memperbaiki hidup ini dan jangan berhenti sehingga yang baik itu menjadi yang lebih baik..

“Berusahalah, jangan berpuas hati sehingga yang baik menjadi lebih baik dan yang lebih baik menjadi paling baik.”

0 comments: